Monday, November 30, 2009

2

Pinggan berisi nasi putih, ikan masak merah dan telur dadar diletakkan di hadapan Jue yang sedang sibuk membelek hpnya. Jue memandang sekilas dan mendongak memandang Ika.

“Ni breakfast ke lunch ? Baru pukul 11.30 weh. Kot nak kate breakfast, macam banyak jek ko makan”.

“Ini namanye brunch .Dah tak payah nak peril-perli aku ek..”

Jue ketawa. “ Hish ko ni bile nak insaf makcik oii. Dari sem 1 sampai da nak akhir sem 2 dah. Selamba zirafah ikut suka hati ko jek kan”.

“Erk..Z I R A F A H ? Huuu..first time aku dengar weh. Aku LAPAR !!”, Ika sudah mula menyuapkan makanan ke mulutnya.

Jue menggeleng sambil tergelak kecil. Jue atau nama sebenar mengikut dalam ic adalah Juliana bt Md Naim merupakan salah seorang kawan rapat Ika sejak dari pra-degree selain Iza dan Ecah. Mereka berempat menjadi rapat setelah mendapat kelas yang sama semasa mula-mula menjejakkan kaki di kolej tersebut. Jue tinggal di hostel bersama dengan Iza iaitu nama sebenarnya Fariza Bt Abdullah dan Ecah pula tinggal di tempat yang sama dengan Ika tetapi berlainan bilik di EP.

“ Mana Ecah dengan Iza? Dari tadi tak nampak pun?” Ika menuturkan tiba-tiba.


“Tadi Ecah mesej aku. Dia temankan Iza pergi pejapat pos kat bawah kejap”.

“Err buat pe? Takkan buat lawatan sambil belajar kot”.


“Banyak le ko. Dia nak pos surat kat Lutfi laa. Ish..ko ni”.


“ Aaaaa… ic…ok”. Ika membalas.


Lutfi merupakan kawan pal Iza bermula dari semester 1 berlanjutan sehingga sekarang tetapi tidak pernah berjumpa bertemu muka. Mana taknya. Kitorang di Melaka manakala Lutfi pula mengambil jurusan pendidikan di UPM, Selangor.

“Hmm da nak masuk sem 3 dah. Lepas ni semua berterabur except ko ngan Iza laa kan. Cuak dowh…ko tak cuak ke Jue”.

“Maunya tak”.

Geng memang geng satu kepala tetapi cita-cita tak semestinya sama. Selepas habis lulus pra-degree semester 3 nanti mereka berempat akan mula berpecah. Ika memilih data communication sebagai majoring, Ecah pula nekad memilih business in IT manakala Jue dan Iza dalam majoring Information System Engineering.

“Lepas ni masuk degree ko jangan lak ikut perangai aci lut redah ko jek. Ladies le sikit. Baru laa ‘ayam’ tu perasan. Ni pergi kelas pun pakai selipar jepun. Lepas tuh tudung tuh jangan la main selempang jek. Cuba ko pakai blause pink then tudung tuh ko lilit-lilit ikut style wardina. Confirm leher dia teleng sebab tengok ko berkali-kali”, ujar Jue.

“Err blaus pink?? Tudung lilit-lilit?? Mau nye aku muntah hijau tengok diri sendiri. Lagi pun weh … alamak ‘ayam’ ler . .“ balas ika terhenti.

“Hah ??!!?? Jue tidak faham.


“ Meja belakang sebelah kiri ko.hah ko jangan nak toleh-toleh ek. Ko pandang jek straight kat muka aku ni”, tukas ika cepat. Dia khuatir perbuatan Jue yg meliar ke belakang akan bakal menarik perhatian ‘orang’ di sana.

“Hahahah..yang ko ni suddenly jadi tegang kenapa”, jawab Jue setelah mengetahui apa yang ika maksudkan sebentar tadi.

“IZA!! ECAH !! . . Sini weh..”, jerit Ika tiba-tiba sambil melambai ke arah Ecah dan Iza tanpa mengendahkan soalan Jue.

Ecah dan Iza membalas dan kemudian menuju ke arah meja mereka.


“Korang ni pos surat ke takel pakcik guard kat pejabat pos tadi. Lama kitorang tunggu. Aku siap tambah nasi 3 kali da ni”.

“Amboi melampau aa tuh. Takde , kitorang pergi tengok sekali mark mid term economy kt bilik mr Abadan. Tu yang lama tu.Yang ko ni muka merah semacam kenapa”, tanya Iza.

“Dia merah tegang semacam sebab ‘ayam’ and the gang ada kat belakang. Haa ko jangan nk tukar topic tadi ek”, potong Jue.

“OOOoowwhhh.. padan laa”, balas Ecah dan Iza serentak. Mereka bertiga kembali menggiat Ika.


“haa da..da..da..jom! Nasi aku dah habis and aku pun da kenyang.Gerak yok. Aku da start panas da ni. Nak balik then mandi. Miang satu badan tak mandi dari semalam”, sengih Ika.

“Ler. . ko terus straight makan ke after class tadi.? Kot ye pun kebulur pergi le balik mandi dulu. Ini dengan baju terbaliknya lagi.Macam le nasi tuh ada kaki leh lari-lari. Selamba derk jek dia ni ”, geleng Ecah.

“Entahnya. Tau takpe”, tambah Iza.


“Weh ‘ayam’ macam mana? Jom aa kita tegur dia nak”, cadang Jue secara membabi buta.


“Aaaaa takde-takde. Jangan buat hal tragedi plaza siswa lak. Muka aku ni da naik tebal 3 inci. Malu pasal kat class tadi pun tak hilang lagi.


“ Hahah . . jom laa! Kang tak pasal-pasal ada yang jadi hulk kejap lagi”. Ecah meleraikan kekusutan yang da memang sedia kusut antara Ika dan Jue. Lagi pun dia malas betul kalo nak dengar perdebatan antara mereka berdua. Mahunye berlanjutan sampai ke petang.

Jue da mula buat muncung itik. Mahu tak mahu dia terpaksa menurut. Jue dan Iza cepat-cepat melangkah mengejar Ika dan Ecah yang sudah jauh di hadapan.Tiba-tiba . .

“ooo ma san chin ping yoo mang ping cheng soo %^&)*&%#&*^%#@@," latah Iza. Entah macam mana sewaktu dia melangkah tadi, kakinya tersadung kerusi di meja sebelah.Nasib baik dia sempat berpaut di tangan Jue.

Jue, Ecah dan Ika terdiam selama 2 saat. Serentak kemudian ketawa terbahak-bahak tanpa menghiraukan orang sekeliling.

“Wakakaka..sakit perut aku weh. Aku tau le kau boleh speak Chinese but then even latah pun ko redah jek amik gear mandarin,” gelak Ika kuat.

“Haha itu laa. Aku ingat nyonya mana tadi yang dok curse kat belakang aku”, jawab Ecah pula.

“ Ahahah..semput aku dowh. Hari ni jenuh aku dok gelak kan kat orang ,” giat Jue.

“Blah weh blah..Korang tak nampak ke orang tengok kita macam kita ni tengah buat konsert Search ”. Iza terus melangkah seribu ke hadapan meninggalkan plaza siswa.

“ Woi..tunggu laa oiii .Ini memang betul-betul sumpahan tragedy plaza siswa weh.ahaha.”

Mereka bertiga tergelak sambil cuba menahan Iza.