Monday, December 14, 2009

6

Tok..Tok..Tokk..

“Ikaaa…Ikaaa...”

I don't want to be anything
other than what I've been trying to be lately   
All I have to do is think of me  
and I have peace of mind

Tokk..Tokk..

I'm tired of looking 'round rooms wondering what I gotta do
Or who I'm supposed to be  
I don't want to be anything other than me

 “Ikaaa …!” 

Ketukan pintu disertai dengan deringan telefon yang tiada henti mengganggu tidur Ika. Dalam hati Ika membebel. Tolong laa..Toolongg laa ni mimpi. Even kalau betul pun boleh tak aku buat-buat tak dengar.

Tokk..Tok..

I don't want to be anything  
other than what I've been trying to be lately  
All I have to do is think of me  
and I have peace of mind 

“Ika buka pintu ni”

Ika mengeluh perlahan. Dia meraba-raba tepi bantal sambil mata masih lagi terpejam rapat. Aik mana pulak hp ni? Ika berkata sendiri.Dia mencelikkan mata perlahan-lahan. Pandangan yang kabur menjadi terang. Bunyi hp dan ketukan pintu diserikan lagi dengan suara Beyonce menjerit di luar masih lagi kedengaran. Dia menjengukkan kepalanya di bawah katil pula.

“Haa..da agak dah,” desis hati Ika.

Handphone nokia 3310 diambil dan kemudian dengan malas dia bangun dari katil menuju ke pintu.

Tok..Tok..

“iiii……kaaaa”.

Zapp..Belum sempat Ecah menghabiskan perkataan yang seterusnya pintu bilik terbuka. Kelihatan Ika dengan rambut yang serabai memakai baju tidur berkartun lembu sambil memeluk bantal busuk tercegat berdiri di hadapan. Butang cancel handphone di tekan.

“ Ya Allah ko tido lagi ke. Weh da nak masuk zohor weh. Ko cuba la bawak-bawak jadi manusia normal sikit.” Ecah melangkah masuk ke bilik.

Ika menguap sekali lagi. Mengantuk. Dia kembali duduk di atas katil erat memeluk bantal busuknya. Ecah pula dilihat sudah membuka tudung duduk di kerusi meja studi ika yang terletak bersebelahan katilnya. Bungkusan nasi lemak diletak elok di atas meja.

“Bukan hari ni hari sabtu ke weh. Kita takde class kan ari ni?” Ika membuka mulut. Dia berdehem beberapa kali membetulkan suaranya yang sudah seperti suara Kelly Clarkson. Maklum la suara baru bangun tidur. Dia menggeliat panjang sebelum memandang Ecah semula.

“ Memang laa sabtu. Tapi malam ni kan kite nak buat rumah. Lagi pun aku ada hal nak inform ko ni. Eh mana roommate ko ek?” Ecah bertanya.

“ Dia balik kampung weekend ni. Hmm..haa ape hal?” Ika memejamkan mata kembali.

“ Jue mesej aku tadi,” Ecah menyambung.

Ika membuka mata bulat. “ Then?”.

“ Dia cakap kalo nak kotak dia ada. Tapi kene amik kt rumah k ayu la kat taman anggerik. Dia ada kat sana”.

“ Dia takde cakap apa-apa ke pasal kes dia hilang in action ". 

“ Takde pulak”. Ecah sekadar menjungkitkan bahu. Suasana kembali senyap.  

“ Nasi lemak tuh macam sedap jek aku tengok”.Ika sengih.

“ Aku da agak da. Pegi la mandi. Pas makan kita gi umah kak ayu. Risau aku. Selagi tak setel assignment HD ni aku x leh tido dengan aman”.Ecah sudah menyelak majalah remaja yang dibelinya tadi barangkali. Setiap bulan Ecah memang tidak pernah miss langsung membeli majalah kegemarannya sementara dia pula sekadar tahu meminjam. Heheh..

“Ni yang buat aku sayang ko the most. Hahaha...” Ika sengih lemah.

“ Ceh ye laa tuh” Ecah menjelirkan lidah tetapi masih lagi tidak angkat muka.

Ika bangun malas mencapai tuala. Bekas toiletries di bawah katil di capai juga. “ Please help yourself. Buat macam bilik sendiri ok. Kalau nak hidangkan nasi lemak tuh boleh gak. Vico ada kat dalam laci”.

“ Hampeh ko”. Ecah angkat muka mencegilkan matanya sementara Ika sudah hilang masuk ke tandas sambil tergelak.

Sunday, December 6, 2009

5

“ Jue mana?” Ika yang baru sampai memandang Ecah dan Ravin sebelum mencampak malas bag packnya di atas meja.

“Tak tau. Aku call tak dapat then mesej mention yang kita ada discussion HD malam ni pun dia tak reply. Dekat seminggu juga kan dia tak attend class. After abis jek presentation Islamic Studies terus hilang ". Ecah menjawab terlebih dahulu.

“ That’s why laa. Mana dia pegi ek. Susah laa ini macam mau discuss”. Ravin menyua plastic coklat Nips ke arah Ika.

Ika menggeleng tanda tidak mahu sebelum menghela nafas panjang.

“ Dah tanya dengan Iza?”

Ecah mengangguk sudah. “ Dia cakap Jue balik kampung without any notice. Jue tak balik bilik. Tu pun dia tau Jue balik kampung pun dari kak Ayu. Pelik tak?”

Ika sudah duduk berhadapan dengan mereka sambil otaknya ligat berfikir. “ Takpe la. We proceed first”.

Keduanya mengangguk setuju. Perbincangan bermula. Masing- masing serious memberikan idea atau pendapat dan sesekali Ecah akan mencatat sesuatu di atas kertas segala planning yang telah dibincangkan. Suasana di Plaza Siswa malam itu seperti biasa. Yang terdengar hanyalah sembang-sembang kosong dan adakalanya gelak ketawa pecah di sana sini.

“ .. I suke bila you dress up macam ni . Comey sangat”.

“ …tak boleh laa weh. Hari jumaat ni kan ade match MU lawan Liverpool. Mana boleh miss. Lagipun ..”.

“…ala bukan kau tak tau dia kan suke gile dengan ..”

“.. gile meroyan ape tiba-tiba jerit kat aku macam ..”

“..sup ayam ni sedap. U nak I suap kan ke?”

Ika, Ecah dan Ravin tak ambil pusing dengan hingar yang mengalahkan pasar tani. Mereka sangat focus terhadap kerja masing-masing. Meja sudah penuh dengan segala macam kertas kerja, buku teks, buku library dan juga snack-snack yang kini hanya tinggal plastic kosong.

Masa berjalan pantas. Dua jam sudah berlalu. Sedang ika leka menulis, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

“ . . memang sahih. Even masuk dalam paper 3 hari lepas muka depan sekali. Ko tak baca ke?”.

“ Tak perasan laa. Tapi betul ke student sini. Yang dia tibai masuk kereta stranger tu kenapa. Dah laa sorang-sorang. Ish ..”

“ Aku pun pelik. Tapi yang aku dengar …”

Ika mendongak memandang Ecah yang sedang meng highlight isi penting di atas notanya dan kemudian mengalih pandangan ke arah Ravin yang sibuk menonggangkan tin mister potato yang kala itu hanya tinggal serbuk.

Ika menutur perlahan. “ Korang dengar tak apa yang aku dengar?”

Ecah mengangkat muka . “ Dengar apa?”.

“What??” Ravin buat muka pelik.

“ Pasal orang yang kat belakang kita ni tengah sembang”.

“ Ehh..you didn’t know aa?” Ravin terkejut.

“Tahu apa ni?” tanya Ika terus-terusan.

Ecah merenung Ika sebelum menggeleng. “ Memang sah ko ni duk bawah tempurung lepas tu tak keluar-keluar. Orang da sampai new Zealand ko baru sampai sg petani”.

“ Erk..pemendenya weh”. Ika blur sambil garu kepala.

“ You tell her laa Ecah. She seems like she know nothing,” jawab Ravin tersengih.

Ecah melepas nafas perlahan. “ Ada student kita kene culik dengan stranger.
Stranger tuh kat dalam keta then stop by tanya kt budak tuh pasal jalan. Then budak tuh masuk dalam keta. Kene bawak lari mane tah. The details we didn’t know whether dia kene rogol ke ape ke tapi yang aku tau budak tuh dihantar balik ke kolej. Aku rasa masuk paper utusan tiga ari lepas, kalau tak silap laa”.

“ U didn’t notice ke SRC dah keluar kan memo pasal ni. Suruh kita semua becareful when we were outside of the campus”. Ravin pula menyampuk.

Ika diam leka mendengar.

“ Ha yang ko ni tetiba diam macam kene sampuk kenapa?” Ecah menyiku.

“ Huh? Hmm..takda la”. Ika blur.

“Ehh da laa tuh. Ha da settle ke yang kita bincang tadi. Masing-masing da tau kan each of task. Documentation tadi tuh kita bagi Ravin compile. Ko check balik weh Ravin all the sentences”. Ika bertutur menerangkan sambil melakar sesuatu di atas nota yang terbuka di hadapan mereka.

“ What about the replica. Siapa nak buat?” tanya Ravin.

“ Itu bior aku dengan ika yang setelkan. Barang-barang terpakai aku rasa semua da cukup except…” Ecah memandang Ika.

Ika angkat kening. “ Kecuali ape weh?”

“Kotak keras for the tapak. Aku ada tapi serious macam tak cukup”.

Ika mengetuk pensil di atas meja berfikir . “ Kite proceed dulu with whatever yang kita ada memandangkan jue still lost in an action. Yang kotak tuh KIV first”.

Ecah mengangguk setuju. Lakaran rumah yang mereka bincangkan tadi digulung rapi. Ika mengemas buku-buka di atas meja sebelum menggeliat merenggangkan otot-otot yang berselirat setelah hampir tiga jam berbincang. Ravin membuang segala sampah sarap yang ada di atas meja ke tong sampah yang berdekatan.

“ Jom burger techno nak”. Ecah mengajak sambil tangan kanan ligat memasukan segala khazanah barangnya di dalam bag packbegitu juga dengan Ika.

Ravin menggeleng. “ No thanks anyway. Aku kene balik ni. Ada hal dengan roommate sikit. Ok aku gerak dlu ek”.

“ Orite jumpe esok. Bye”. Ecah dan Ika sama melambai.

“ So .. daging blackpaper plus sirap bandung soda?” Ecah tanya lagi.

Ika angkat muka merenung Ecah.

“ On! Ko belanja”. Ika terus bangun dengan bag packnya di bahu meninggalkan Ecah.

“ Apa pulak aku?” rungut Ecah.

Ika sengih angkat kening. Mereka berdua kemudian melangkah beriringan turun meninggalkan plaza siswa.

* HD = Human Development

Thursday, December 3, 2009

break 1 : watak utama

try guess which one is ika, ecah, jue & iza ?
seem like the author xde keje
bleh lak dia update blog
tgh2 office hour ni

*geleng pala*

Wednesday, December 2, 2009

4

“ N O”. Dia geleng laju.

“ Yes..you have to”. Orang kedua mengangguk tegas.


“Ikut rules beb”. Orang ketiga sudah mula tersenyum.


“NO WAY”. Dia geleng lagi laju tanda tidak setuju. Sangat. Tidak. Bersetuju.


" Sila kan”. Orang keempat pula bersuara lembut mengejek.


“ Siapa punya rules yang bila kalah main UNO kene ikut kehendak pemenang?? Ika membentak. Dia seboleh mungkin hendak mengelak.


‘ KO !!!”. Tiga-tiga bersuara serentak sambil menudingkan jari ke arahnya.


Aduh memang sudah jatuh ditimpa kayu balak namanya ni. Ika melihat ke arah jam tangannya dan kala itu sudah menunjukkan pukul sepuluh empat puluh minit malam. Dia kemudian memandang ke arah manusia – manusia yang berada di hadapannya : ECAH . IZA . JUE : Mereka bertiga selamba sahaja senyum buat muka tidak berdosa.


“ F I N E !”. Ika mengeluh. Mahu sahaja dia membuka langkah lari dari situ tetapi janji tetap janji. Perjanjian yang dia sendiri buat yang akhirnya memakan diri .


“Ok siapa yang kalah kene ikut cakap orang yang menang suruh buat ape. DEAL?? “, dia angkat kening mencabar yang lain.

“DEAL !!” mereka bertiga menyahut berani.

Games UNO bermula. Ika memang sentiasa membawa games UNO di dalam bag packnya. Selesai habis discussion hangat berkenaan assignment Islamic Studies di belakang main hall, dia yang mencadangkan mereka untuk bermain UNO. Buang tebiat bukan. Konon nak release tension tapi rasanya dia sudah bertambah semakin tegang rasanya sekarang ini.


“Jauh kau menung merenung nasib. Cepat ek. Deal is a deal”. Suara Ecah menyentak Ika kembali ke arah mereka bertiga. Ika sengih. Jue sudah mula mengatur langak ke arah public phone yang terletak hanya empat langkah sahaja dari meja .


Dia mengangkat ganggang dan bersuara “ Ehh Iza, bape no tepon mamat tuh?”


“0 1 3 8 9 7 3 3 5 6”. Satu persatu Iza menutur.


“Mana ko tau no phone dia weh?” Ika bertanya.


“ Eheh..aku kan mcgyver yang berkaliber. Ahaha . . aku tengok kat student profile dalam bilik Ms Diana ari tuh”. Iza tersengih.


Kening Ika berkerut pelik. Dilihatnya Jue sudah mula mendail. “Weh cepat le sini”. Ganggang telefon dihulurkan kepada Ika. Lambat-lambat dia mengatur langkah. Ika dah rasa jantungnya macam nak pecah. Mukanya pucat sehingga kalau ditoreh pun confirm takde darah yang mengalir keluar. Gila! Macam mana aku nak cakap ni? Panggilan bersambut.


“Hello?”


Ika menelan liur.


“Alop. Bleh cakap dengan Mohamad Faizal?”

Erk?? Apa pulak boleh tersebut nama penuh ni. Ika terasa hendak mengetuk dahinya ke dinding.


“Yep. Siapa ni?” suara di sana bertanya.


“ sa..sa..saya..ehmm..ehm..i .. i..” Ika gagap. Dia berdehem dan kemudian menarik nafas panjang sebelum . .


“ Just wanna tell how I like and admire you”. Senafas laju dia mengucapkan kata-kata tersebut dan terus dia hang up. Tak sempat langsung mendengar respon suara di sana. Serentak selepas dia meletakkan telefon, Ecah,Jue dan Iza sudah bantai tergelak gila.


“Dah”. Sepatah Ika menjawab.

Dia kembali duduk di meja. Mukanya dirasa hangat dan tangannya sejuk macam dalam gua antartik.
Dia merenung jam tangannya sekali lagi. Sudah pukul sebelas malam tepat.

“Jom balik yok".


Ecah ketawa. “Dasyat aa ko. Aku kasi tabik spring toink toink sama ko laa beb”.


“Korang tengok muka dia weh. Macam pakai maybeline. Merah menyala”, Jue sengih.


“Juuueee..Ko nak rasa kene piat sambil ketuk ketampi ke kat tengah-tengah malam ni ?” Ika memberi amaran yang sikit pun tidak takut.


Iza menghela nafas lega selepas puas ketawa. “ Rilex aa weh. Jangan emo nanti cepat tua”.


“Emo ke ikan nemo ke aku da panas gile dah ni. Jom aa weh gerak. Pasni mau tujuh keturunan aku tak sentuh UNO da”. Ika menjawab geram.

Ecah menghabiskan ketawa. “ Ye laa tuh. Haih..jom laa. Da malam da ni. Haa..before tu for this coming friday presentation make sure prepare ok. Macam yang kita bincang tadi tu. After da dapat all the information, send to Ika bior dia yang compile coz she’s the one yang kene buat slide.

“Haite..haite tuan pengarah”. Serentak Iza dan jue menjawab.


“ Kalo aku boikot tak nak buat slide macam mane?” ika tiba-tiba bersuara riak selamba.


Enam biji mata memandang Ika bulat sambil bibir diketap geram.


Ketawa Ika pecah . “ Baru ugut main-main da sampai berkerut-kerut muka masing-masing”.


Satu sama . Senyum Ika dalam hati.


“Then pe cite human development. Bila nak move forward?”. Jue bertanya.


“Yang tuh later la weh. Kita settle kan Islamic Studies dulu. Ala ada lagi seminggu laa weh”. sekali lagi Ika menjawab.

Jue dan Ecah sudah buat muka berkerut balik. Ika memang begitu. Suka sangat buat kerja last minute. Luckily Iza was in another group which is diffirent from them. Kalau tak memang bakal kene laser direct tanpa ada tapis.

Tuesday, December 1, 2009

3

Ika menelek buku teks yang berada di meja studinya beberapa kali dan kemudian mendongak memandang siling. Sejak setengah jam yang lalu dia masih lagi di helaian yang pertama dan tidak langsung berganjak ke muka surat yang seterusnya. Dia seperti tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dibacanya sebentar tadi. Kedengaran pintu bilik dibuka.

“ Assalammualaikum ..”, Gie menegur melangkah masuk.

“ Wa’alaikummusalam. Yooo makcik! Baru habis class ke ?” Ika menjawab.

“ Takde lah. Tadi ada discussion sikit dengan group mate pasal assignment Human development. Due date dia lagi 2 minggu kan. So kene laa prepare apa yang patut. Korangnya da start ke?”

“Erk..ha ah laa weh. Ika baru teringat. Kitorang tak start pun lagi. Just baru kumpul barang-barang terpakai”.

Untuk assignment Human Development kali ini, mereka dikehendaki membuat replica rumah menggunakan barang-barang terpakai seperti kertas, tin-tin kosong dan macam-macam lagi.

“ Ika kene dengan mdm Nik kan. Dia ok lagi takpe la. Gie ni under mdm Faezah. She ‘s a bit fussy you know. Everytime class mesti nak tanya progress each of group. Penat nak menjawab”.

“Hohoho..yeke. Sian korang..eheh..Rilek laa weh”.

“ Nasib baik laa group mate semua style yang boleh diharap. Kalau tak lagi laa sakit jiwa. Ehh.. nanti pukul 4 Ika kejutkan Gie ok? Gie nak take a nap kejap”.

“ Okie dokie mem. Perintah dijunjung!” sengih Ika.

Gie dilihat sudah melandingkan badan di atas katilnya yang empuk. Kepenatan yang amat barangkali. Ika kembali menumpukan perhatian di atas meja studi. Dia menutup buku di hadapan dan kemudian menghidupkan laptop pemberian ayahnya. Setelah dihidupkan, gambar dia, Ecah, Jue dan Iza yang sedang makan di restoran sampan menyapa pandangannya. Ikon Yahoo Messenger di klik dan bertubi-tubi offline message terpampang di skrin. Dia angkat kening sebelah tanda pelik. Matanya terus membaca mesej offline tersebut.

[syah84] Minggu ni Usrah ada buat event Desa Tercinta. Wanna join us ?

[cupid_iza] Aku da masukkan nama korang untuk IT Fair bulan depan. Dunt say NO as the answer .. >:) (devilish)

[misz_ecah] Mek … kalau online buzz aku ek ..

Segera dia menekan ikon buzz dan kemudian membalas mesej untuk Ecah, begitu juga Iza dan Syah.

[eiqa^blur][syah84] Minggu ni aku balik kampung laa. Sorry cannot make it ..=P

Banyak la kau balik kampung. Cakap je laa yang ko memang tak nak join since the beginning rite? Dia berkata sendiri sambil tersengih.

[eiqa^blur][cupid_iza] Kau ni memang hitler >:P

[eiqa^blur][misz_ecah] Yoo mek ecah. Wassup !

Sambil menunggu balasan, dia memasang headphone dan tidak sampai 2 saat lagu Vindicated kedengaran .Tangannya pantas menarik satu paket Vico 3 in 1, digunting dan isinya dituang ke dalam mug kosong di atas meja. Setelah itu dia ke dapur untuk mengisi air panas pula, Dia kembali ke meja studi biliknya sambil tangan sibuk mengacau bancuhan vico sebentar tadi, Setelah duduk semula, vico dihirup sedikit dan kelihatan Ecah sudah membalas.

[misz_ecah] mek ika oiii..mu gi mano??????

[eiqa^blur] sat le mek.. aku bancuh vico tadi. Awat kalut. Gaya macam singapura dilanggar todak jek

[misz_ecah] memang aku kalut. Ni aku nak discuss pasal assignment Human Development. Next 2 week da nak submit. Kita tak start pun ape lagi ni. Risau aku.

[eiqa^blur] hmm.. rilex aa.ko ni macam x bese jek gaya kite memang selalu buat keje last minute kan…hehe..=P

[misz_ecah] agak le kalau nak buat last minute pun. Ko ingat nak buat replica rumah tuh 3 jam jek ke. Mau amik masa berhari-hari.

[eiqa^blur]uhuh ye la..ye laa.. Macam ni.. ko mesej Jue dengan Ravin then mention kat dorang weekend ni gathered for discussion. One more thing cakap kt Jue pasal kotak. Sebab semalam dia cakap kat aku dia ada kotak kosong. Kotak tuh leh laa kita buat tapak for rumah. Barang-barang terpakai yang kita dah kumpul, nanti aku bawak kan…OK?

[misz_ecah] apsal aku lak yang kene mesej?

[eiqa^blur] sebab ko paling handal bab2 management ni…eheh..

[misz_ecah] ceh..dasar pemalas. Ehh.on the phone sat. Ummi aku call.

[eiqa^blur] daaaa…=D

Ika kembali menghirup viconya semula sehingga habis. Otaknya berfikir. Tiba-tiba dia teringatkan ‘ayam’ atau nama sebenarnya Mohamad Faizal. Sengaja digelar sebagai ‘ayam’ kerana senang nak bergosip di khalayak ramai tanpa ada rasa was-was, bak kata Jue. Ika tersenyum sendiri. Sedar tak sedar sudah 2 semester dia sekelas dengan ‘ayam’ dan sepanjang masa itu lah juga mereka tidak pernah bertegur sapa.

‘Ayam’ boleh dikatakan ada fan club dia tersendiri. Mana taknya dalam kelas mereka pun sudah ada beberapa orang yang meminatinya. Sepanjang yang Ika tahu, Ikin, juga classmate nya merupakan salah seorang peminat fanatic ‘ayam’. Ini kerana setiap kali ada perlawanan bola sepak di kolej, setiap kali itu lah ada kelibat Ikin memberikan sokongan kepada ‘ayam’ di tepi.

‘huh G E D I K S ‘.

Perkataan itulah yang selalu disebut Jue setiap kali melihat Ikin. Jue begitu meluat terhadap Ikin kerana dalam masa yang sama Ikin juga sedang dalam proses untuk menggoda Hafiz, budak outrec yang berjaya menarik perhatian Jue sejak awal semester 2 lagi.Dalam diam Jue meminati Hafiz tetapi sekadar dari jauh sahaja.

Hahahah .. macam-macam karenah.Ika menggeleng tergelak sendiri.