Sunday, December 6, 2009

5

“ Jue mana?” Ika yang baru sampai memandang Ecah dan Ravin sebelum mencampak malas bag packnya di atas meja.

“Tak tau. Aku call tak dapat then mesej mention yang kita ada discussion HD malam ni pun dia tak reply. Dekat seminggu juga kan dia tak attend class. After abis jek presentation Islamic Studies terus hilang ". Ecah menjawab terlebih dahulu.

“ That’s why laa. Mana dia pegi ek. Susah laa ini macam mau discuss”. Ravin menyua plastic coklat Nips ke arah Ika.

Ika menggeleng tanda tidak mahu sebelum menghela nafas panjang.

“ Dah tanya dengan Iza?”

Ecah mengangguk sudah. “ Dia cakap Jue balik kampung without any notice. Jue tak balik bilik. Tu pun dia tau Jue balik kampung pun dari kak Ayu. Pelik tak?”

Ika sudah duduk berhadapan dengan mereka sambil otaknya ligat berfikir. “ Takpe la. We proceed first”.

Keduanya mengangguk setuju. Perbincangan bermula. Masing- masing serious memberikan idea atau pendapat dan sesekali Ecah akan mencatat sesuatu di atas kertas segala planning yang telah dibincangkan. Suasana di Plaza Siswa malam itu seperti biasa. Yang terdengar hanyalah sembang-sembang kosong dan adakalanya gelak ketawa pecah di sana sini.

“ .. I suke bila you dress up macam ni . Comey sangat”.

“ …tak boleh laa weh. Hari jumaat ni kan ade match MU lawan Liverpool. Mana boleh miss. Lagipun ..”.

“…ala bukan kau tak tau dia kan suke gile dengan ..”

“.. gile meroyan ape tiba-tiba jerit kat aku macam ..”

“..sup ayam ni sedap. U nak I suap kan ke?”

Ika, Ecah dan Ravin tak ambil pusing dengan hingar yang mengalahkan pasar tani. Mereka sangat focus terhadap kerja masing-masing. Meja sudah penuh dengan segala macam kertas kerja, buku teks, buku library dan juga snack-snack yang kini hanya tinggal plastic kosong.

Masa berjalan pantas. Dua jam sudah berlalu. Sedang ika leka menulis, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

“ . . memang sahih. Even masuk dalam paper 3 hari lepas muka depan sekali. Ko tak baca ke?”.

“ Tak perasan laa. Tapi betul ke student sini. Yang dia tibai masuk kereta stranger tu kenapa. Dah laa sorang-sorang. Ish ..”

“ Aku pun pelik. Tapi yang aku dengar …”

Ika mendongak memandang Ecah yang sedang meng highlight isi penting di atas notanya dan kemudian mengalih pandangan ke arah Ravin yang sibuk menonggangkan tin mister potato yang kala itu hanya tinggal serbuk.

Ika menutur perlahan. “ Korang dengar tak apa yang aku dengar?”

Ecah mengangkat muka . “ Dengar apa?”.

“What??” Ravin buat muka pelik.

“ Pasal orang yang kat belakang kita ni tengah sembang”.

“ Ehh..you didn’t know aa?” Ravin terkejut.

“Tahu apa ni?” tanya Ika terus-terusan.

Ecah merenung Ika sebelum menggeleng. “ Memang sah ko ni duk bawah tempurung lepas tu tak keluar-keluar. Orang da sampai new Zealand ko baru sampai sg petani”.

“ Erk..pemendenya weh”. Ika blur sambil garu kepala.

“ You tell her laa Ecah. She seems like she know nothing,” jawab Ravin tersengih.

Ecah melepas nafas perlahan. “ Ada student kita kene culik dengan stranger.
Stranger tuh kat dalam keta then stop by tanya kt budak tuh pasal jalan. Then budak tuh masuk dalam keta. Kene bawak lari mane tah. The details we didn’t know whether dia kene rogol ke ape ke tapi yang aku tau budak tuh dihantar balik ke kolej. Aku rasa masuk paper utusan tiga ari lepas, kalau tak silap laa”.

“ U didn’t notice ke SRC dah keluar kan memo pasal ni. Suruh kita semua becareful when we were outside of the campus”. Ravin pula menyampuk.

Ika diam leka mendengar.

“ Ha yang ko ni tetiba diam macam kene sampuk kenapa?” Ecah menyiku.

“ Huh? Hmm..takda la”. Ika blur.

“Ehh da laa tuh. Ha da settle ke yang kita bincang tadi. Masing-masing da tau kan each of task. Documentation tadi tuh kita bagi Ravin compile. Ko check balik weh Ravin all the sentences”. Ika bertutur menerangkan sambil melakar sesuatu di atas nota yang terbuka di hadapan mereka.

“ What about the replica. Siapa nak buat?” tanya Ravin.

“ Itu bior aku dengan ika yang setelkan. Barang-barang terpakai aku rasa semua da cukup except…” Ecah memandang Ika.

Ika angkat kening. “ Kecuali ape weh?”

“Kotak keras for the tapak. Aku ada tapi serious macam tak cukup”.

Ika mengetuk pensil di atas meja berfikir . “ Kite proceed dulu with whatever yang kita ada memandangkan jue still lost in an action. Yang kotak tuh KIV first”.

Ecah mengangguk setuju. Lakaran rumah yang mereka bincangkan tadi digulung rapi. Ika mengemas buku-buka di atas meja sebelum menggeliat merenggangkan otot-otot yang berselirat setelah hampir tiga jam berbincang. Ravin membuang segala sampah sarap yang ada di atas meja ke tong sampah yang berdekatan.

“ Jom burger techno nak”. Ecah mengajak sambil tangan kanan ligat memasukan segala khazanah barangnya di dalam bag packbegitu juga dengan Ika.

Ravin menggeleng. “ No thanks anyway. Aku kene balik ni. Ada hal dengan roommate sikit. Ok aku gerak dlu ek”.

“ Orite jumpe esok. Bye”. Ecah dan Ika sama melambai.

“ So .. daging blackpaper plus sirap bandung soda?” Ecah tanya lagi.

Ika angkat muka merenung Ecah.

“ On! Ko belanja”. Ika terus bangun dengan bag packnya di bahu meninggalkan Ecah.

“ Apa pulak aku?” rungut Ecah.

Ika sengih angkat kening. Mereka berdua kemudian melangkah beriringan turun meninggalkan plaza siswa.

* HD = Human Development

2 comments:

Aku yang Tak Punya Identiti said...

next...

Anonymous said...

yes..de sambungan..tq..
cik penulis...heE..~~~
baru rasa cuaca hari ini cerah..

-L-