Wednesday, December 2, 2009

4

“ N O”. Dia geleng laju.

“ Yes..you have to”. Orang kedua mengangguk tegas.


“Ikut rules beb”. Orang ketiga sudah mula tersenyum.


“NO WAY”. Dia geleng lagi laju tanda tidak setuju. Sangat. Tidak. Bersetuju.


" Sila kan”. Orang keempat pula bersuara lembut mengejek.


“ Siapa punya rules yang bila kalah main UNO kene ikut kehendak pemenang?? Ika membentak. Dia seboleh mungkin hendak mengelak.


‘ KO !!!”. Tiga-tiga bersuara serentak sambil menudingkan jari ke arahnya.


Aduh memang sudah jatuh ditimpa kayu balak namanya ni. Ika melihat ke arah jam tangannya dan kala itu sudah menunjukkan pukul sepuluh empat puluh minit malam. Dia kemudian memandang ke arah manusia – manusia yang berada di hadapannya : ECAH . IZA . JUE : Mereka bertiga selamba sahaja senyum buat muka tidak berdosa.


“ F I N E !”. Ika mengeluh. Mahu sahaja dia membuka langkah lari dari situ tetapi janji tetap janji. Perjanjian yang dia sendiri buat yang akhirnya memakan diri .


“Ok siapa yang kalah kene ikut cakap orang yang menang suruh buat ape. DEAL?? “, dia angkat kening mencabar yang lain.

“DEAL !!” mereka bertiga menyahut berani.

Games UNO bermula. Ika memang sentiasa membawa games UNO di dalam bag packnya. Selesai habis discussion hangat berkenaan assignment Islamic Studies di belakang main hall, dia yang mencadangkan mereka untuk bermain UNO. Buang tebiat bukan. Konon nak release tension tapi rasanya dia sudah bertambah semakin tegang rasanya sekarang ini.


“Jauh kau menung merenung nasib. Cepat ek. Deal is a deal”. Suara Ecah menyentak Ika kembali ke arah mereka bertiga. Ika sengih. Jue sudah mula mengatur langak ke arah public phone yang terletak hanya empat langkah sahaja dari meja .


Dia mengangkat ganggang dan bersuara “ Ehh Iza, bape no tepon mamat tuh?”


“0 1 3 8 9 7 3 3 5 6”. Satu persatu Iza menutur.


“Mana ko tau no phone dia weh?” Ika bertanya.


“ Eheh..aku kan mcgyver yang berkaliber. Ahaha . . aku tengok kat student profile dalam bilik Ms Diana ari tuh”. Iza tersengih.


Kening Ika berkerut pelik. Dilihatnya Jue sudah mula mendail. “Weh cepat le sini”. Ganggang telefon dihulurkan kepada Ika. Lambat-lambat dia mengatur langkah. Ika dah rasa jantungnya macam nak pecah. Mukanya pucat sehingga kalau ditoreh pun confirm takde darah yang mengalir keluar. Gila! Macam mana aku nak cakap ni? Panggilan bersambut.


“Hello?”


Ika menelan liur.


“Alop. Bleh cakap dengan Mohamad Faizal?”

Erk?? Apa pulak boleh tersebut nama penuh ni. Ika terasa hendak mengetuk dahinya ke dinding.


“Yep. Siapa ni?” suara di sana bertanya.


“ sa..sa..saya..ehmm..ehm..i .. i..” Ika gagap. Dia berdehem dan kemudian menarik nafas panjang sebelum . .


“ Just wanna tell how I like and admire you”. Senafas laju dia mengucapkan kata-kata tersebut dan terus dia hang up. Tak sempat langsung mendengar respon suara di sana. Serentak selepas dia meletakkan telefon, Ecah,Jue dan Iza sudah bantai tergelak gila.


“Dah”. Sepatah Ika menjawab.

Dia kembali duduk di meja. Mukanya dirasa hangat dan tangannya sejuk macam dalam gua antartik.
Dia merenung jam tangannya sekali lagi. Sudah pukul sebelas malam tepat.

“Jom balik yok".


Ecah ketawa. “Dasyat aa ko. Aku kasi tabik spring toink toink sama ko laa beb”.


“Korang tengok muka dia weh. Macam pakai maybeline. Merah menyala”, Jue sengih.


“Juuueee..Ko nak rasa kene piat sambil ketuk ketampi ke kat tengah-tengah malam ni ?” Ika memberi amaran yang sikit pun tidak takut.


Iza menghela nafas lega selepas puas ketawa. “ Rilex aa weh. Jangan emo nanti cepat tua”.


“Emo ke ikan nemo ke aku da panas gile dah ni. Jom aa weh gerak. Pasni mau tujuh keturunan aku tak sentuh UNO da”. Ika menjawab geram.

Ecah menghabiskan ketawa. “ Ye laa tuh. Haih..jom laa. Da malam da ni. Haa..before tu for this coming friday presentation make sure prepare ok. Macam yang kita bincang tadi tu. After da dapat all the information, send to Ika bior dia yang compile coz she’s the one yang kene buat slide.

“Haite..haite tuan pengarah”. Serentak Iza dan jue menjawab.


“ Kalo aku boikot tak nak buat slide macam mane?” ika tiba-tiba bersuara riak selamba.


Enam biji mata memandang Ika bulat sambil bibir diketap geram.


Ketawa Ika pecah . “ Baru ugut main-main da sampai berkerut-kerut muka masing-masing”.


Satu sama . Senyum Ika dalam hati.


“Then pe cite human development. Bila nak move forward?”. Jue bertanya.


“Yang tuh later la weh. Kita settle kan Islamic Studies dulu. Ala ada lagi seminggu laa weh”. sekali lagi Ika menjawab.

Jue dan Ecah sudah buat muka berkerut balik. Ika memang begitu. Suka sangat buat kerja last minute. Luckily Iza was in another group which is diffirent from them. Kalau tak memang bakal kene laser direct tanpa ada tapis.