Tuesday, December 1, 2009

3

Ika menelek buku teks yang berada di meja studinya beberapa kali dan kemudian mendongak memandang siling. Sejak setengah jam yang lalu dia masih lagi di helaian yang pertama dan tidak langsung berganjak ke muka surat yang seterusnya. Dia seperti tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dibacanya sebentar tadi. Kedengaran pintu bilik dibuka.

“ Assalammualaikum ..”, Gie menegur melangkah masuk.

“ Wa’alaikummusalam. Yooo makcik! Baru habis class ke ?” Ika menjawab.

“ Takde lah. Tadi ada discussion sikit dengan group mate pasal assignment Human development. Due date dia lagi 2 minggu kan. So kene laa prepare apa yang patut. Korangnya da start ke?”

“Erk..ha ah laa weh. Ika baru teringat. Kitorang tak start pun lagi. Just baru kumpul barang-barang terpakai”.

Untuk assignment Human Development kali ini, mereka dikehendaki membuat replica rumah menggunakan barang-barang terpakai seperti kertas, tin-tin kosong dan macam-macam lagi.

“ Ika kene dengan mdm Nik kan. Dia ok lagi takpe la. Gie ni under mdm Faezah. She ‘s a bit fussy you know. Everytime class mesti nak tanya progress each of group. Penat nak menjawab”.

“Hohoho..yeke. Sian korang..eheh..Rilek laa weh”.

“ Nasib baik laa group mate semua style yang boleh diharap. Kalau tak lagi laa sakit jiwa. Ehh.. nanti pukul 4 Ika kejutkan Gie ok? Gie nak take a nap kejap”.

“ Okie dokie mem. Perintah dijunjung!” sengih Ika.

Gie dilihat sudah melandingkan badan di atas katilnya yang empuk. Kepenatan yang amat barangkali. Ika kembali menumpukan perhatian di atas meja studi. Dia menutup buku di hadapan dan kemudian menghidupkan laptop pemberian ayahnya. Setelah dihidupkan, gambar dia, Ecah, Jue dan Iza yang sedang makan di restoran sampan menyapa pandangannya. Ikon Yahoo Messenger di klik dan bertubi-tubi offline message terpampang di skrin. Dia angkat kening sebelah tanda pelik. Matanya terus membaca mesej offline tersebut.

[syah84] Minggu ni Usrah ada buat event Desa Tercinta. Wanna join us ?

[cupid_iza] Aku da masukkan nama korang untuk IT Fair bulan depan. Dunt say NO as the answer .. >:) (devilish)

[misz_ecah] Mek … kalau online buzz aku ek ..

Segera dia menekan ikon buzz dan kemudian membalas mesej untuk Ecah, begitu juga Iza dan Syah.

[eiqa^blur][syah84] Minggu ni aku balik kampung laa. Sorry cannot make it ..=P

Banyak la kau balik kampung. Cakap je laa yang ko memang tak nak join since the beginning rite? Dia berkata sendiri sambil tersengih.

[eiqa^blur][cupid_iza] Kau ni memang hitler >:P

[eiqa^blur][misz_ecah] Yoo mek ecah. Wassup !

Sambil menunggu balasan, dia memasang headphone dan tidak sampai 2 saat lagu Vindicated kedengaran .Tangannya pantas menarik satu paket Vico 3 in 1, digunting dan isinya dituang ke dalam mug kosong di atas meja. Setelah itu dia ke dapur untuk mengisi air panas pula, Dia kembali ke meja studi biliknya sambil tangan sibuk mengacau bancuhan vico sebentar tadi, Setelah duduk semula, vico dihirup sedikit dan kelihatan Ecah sudah membalas.

[misz_ecah] mek ika oiii..mu gi mano??????

[eiqa^blur] sat le mek.. aku bancuh vico tadi. Awat kalut. Gaya macam singapura dilanggar todak jek

[misz_ecah] memang aku kalut. Ni aku nak discuss pasal assignment Human Development. Next 2 week da nak submit. Kita tak start pun ape lagi ni. Risau aku.

[eiqa^blur] hmm.. rilex aa.ko ni macam x bese jek gaya kite memang selalu buat keje last minute kan…hehe..=P

[misz_ecah] agak le kalau nak buat last minute pun. Ko ingat nak buat replica rumah tuh 3 jam jek ke. Mau amik masa berhari-hari.

[eiqa^blur]uhuh ye la..ye laa.. Macam ni.. ko mesej Jue dengan Ravin then mention kat dorang weekend ni gathered for discussion. One more thing cakap kt Jue pasal kotak. Sebab semalam dia cakap kat aku dia ada kotak kosong. Kotak tuh leh laa kita buat tapak for rumah. Barang-barang terpakai yang kita dah kumpul, nanti aku bawak kan…OK?

[misz_ecah] apsal aku lak yang kene mesej?

[eiqa^blur] sebab ko paling handal bab2 management ni…eheh..

[misz_ecah] ceh..dasar pemalas. Ehh.on the phone sat. Ummi aku call.

[eiqa^blur] daaaa…=D

Ika kembali menghirup viconya semula sehingga habis. Otaknya berfikir. Tiba-tiba dia teringatkan ‘ayam’ atau nama sebenarnya Mohamad Faizal. Sengaja digelar sebagai ‘ayam’ kerana senang nak bergosip di khalayak ramai tanpa ada rasa was-was, bak kata Jue. Ika tersenyum sendiri. Sedar tak sedar sudah 2 semester dia sekelas dengan ‘ayam’ dan sepanjang masa itu lah juga mereka tidak pernah bertegur sapa.

‘Ayam’ boleh dikatakan ada fan club dia tersendiri. Mana taknya dalam kelas mereka pun sudah ada beberapa orang yang meminatinya. Sepanjang yang Ika tahu, Ikin, juga classmate nya merupakan salah seorang peminat fanatic ‘ayam’. Ini kerana setiap kali ada perlawanan bola sepak di kolej, setiap kali itu lah ada kelibat Ikin memberikan sokongan kepada ‘ayam’ di tepi.

‘huh G E D I K S ‘.

Perkataan itulah yang selalu disebut Jue setiap kali melihat Ikin. Jue begitu meluat terhadap Ikin kerana dalam masa yang sama Ikin juga sedang dalam proses untuk menggoda Hafiz, budak outrec yang berjaya menarik perhatian Jue sejak awal semester 2 lagi.Dalam diam Jue meminati Hafiz tetapi sekadar dari jauh sahaja.

Hahahah .. macam-macam karenah.Ika menggeleng tergelak sendiri.

No comments: